Jawatan : Penolong Juruaudit Gred W29
Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan Kewangan
Jadual Gaji (JGMM) RM1,498.00 – RM5,678.00
Syarat Lantikan (a) (i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
(ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,776.08); atau
(iv) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2,001.68)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.