Iklan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun yang merupakan agensi pemasaran makanan dan hasil pertanian Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya maju untuk mengisi kekosongan jawatan berikut

Bil Jawatan Gred Jadual Gaji Taraf Jawatan
1 Pegawai Ehwal Ekonomi E41 RM2,083.00 – RM9,549.00 TETAP
2 Jurutera J41 RM2,529.00 – RM9,643.00 TETAP
3 Pegawai Teknologi Maklumat F41 RM2,315.00 – RM9,618.00 TETAP
4 Akauntan WA41 RM2,820.00 – RM9,585.00 TETAP
5 Penolong Pegawai Tadbir N29 RM1,493.00 – RM5,672.00 TETAP
6 Setiausaha Pejabat N29 RM1,493.00 – RM5,672.00 TETAP
7 Penolong Juruaudit W29 RM1,498.00 – RM5,678.00 TETAP
8 Pembantu Ehwal Ekonomi E19 RM1,353.00 – RM4,005.00 TETAP
9 Pembantu Tadbir (P/O) N19 RM1,352.00 – RM4,003.00 TETAP
10 Pembantu Akauntan W19 RM1,353.00 – RM4,005.00 TETAP
11 Pembantu Juruaudit W19 RM1,353.00 – RM4,005.00 TETAP
12 Juruteknik Komputer FT19 RM1,377.00 – RM4,052.00 TETAP
13 Penjaga Jentera Elektrik J19 RM1,377.00 – RM4,052.00 TETAP


Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon.

Elaun : Seperti berikut :

ELAUN (RM) GRED 41 GRED 29 GRED 19
Imbuhan Tetap Perumahan 300.00 300.00 300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam 300.00 160.00 115.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150.00 – RM300.00 (Tertakluk kepada penempatan)
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 5% daripada gaji pokok bagi jawatan Jurutera dan 10% daripada gaji pokok bagi jawatan Penjaga Jentera Elektrik.



SYARAT-SYARAT UMUM :

Umur :

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Keperluan Bahasa :

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penempatan :

Ibu Pejabat FAMA / Pejabat FAMA Negeri / Pejabat FAMA Daerah / Pusat Operasi FAMA seluruh Malaysia.

Tempoh Percubaan :

Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah :

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi ppegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Permohonan :

(i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja.
(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil (hard copy) sehingga dihubungi oleh pihak Lembaga.
(iii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
(iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 22 JANUARI 2018.

Pertanyaan/Helpdesk :

Sebarang permasalahan/pertanyaaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ditalian :

Encik Azmirmuzaffar bin Ahmad : 03-61262020 Samb. : 2206
Puan Siti Fareza binti Sutiman : 03-61262020 Samb. : 2323
Puan Nuriqtiyani binti Othman : 03-61262020 Samb. : 2338
Puan Norain binti Abdul Wadud : 03-61262020 Samb. : 2030

Atau emailkan PERTANYAAN kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No.Kad Pengenalan anda.

Sila klik di sini untuk pendaftaran pemohon baru atau login bagi pemohon sedia ada.