Panduan

1) Pemohon perlu BERDAFTAR terlebih dahulu sebelum boleh membuat sebarang permohonan

2) Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga

3) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya

4) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

5) Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa

6) Hanya pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN untuk diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, FAMA semasa sesi temuduga

7) Pastikan maklumat yang diberi adalah BENAR dan sekiranya maklumat itu didapati palsu, permohonan anda akan DIBATALKAN dan jika anda telah ditawarkan jawatan, perkhidmatan anda akan DITAMATKAN serta-merta dan anda boleh dikenakan TINDAKAN undang-undang

8) Di bawah SEKSYEN 5, AKTA SURUHANJAYA-SURUHANJAYA PERKHIDMATAN 1957 (SEMAKAN-1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda dua ribu Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali

9) Hanya permohonan dengan maklumat yang LENGKAP termasuk GAMBAR akan diproses


Cara Memohon

Image:daftar

1. Pendaftaran

Klik pada menu pendaftaran untuk pendaftaran pengguna baru

Image:product

2. Login

Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan

Image:product

3. Kemaskini Maklumat

Sila Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan

Image:product

4. Permohonan Jawatan

Pilih Jawatan dan hantar permohonan

Image:product

5. Semak Status

Semakan bagi permohonan jawatan yang telah dibuat