Jawatan : Jurutera J41
Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Dan Professional
Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan
Jadual Gaji (JGMM) RM2,529.00 – RM9,643.00
Syarat Lantikan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.