Jawatan : Akauntan WA41
Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Dan Professional
Klasifikasi Perkhidmatan Kewangan
Jadual Gaji (JGMM) RM2,820.00 – RM9,585.00
Syarat Lantikan (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau
(ii) Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau
(iii) Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.