Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Jadual Gaji (JGMM) RM1,352.00 – RM4,003.00
Syarat Lantikan (a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.