Jawatan : Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Dan Professional
Klasifikasi Perkhidmatan Ekonomi
Jadual Gaji (JGMM) RM2,083.00 - RM9,549.00
Syarat Lantikan (a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Lantikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,286.57); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM 2,899.83); atau
(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM 3,002.03)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.