Login Pemohon Jawatan

* No Kad Pengenalan :

* Kata Laluan :



Sila klik di sini jika terlupa kata laluan


Iklan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), adalah sebuah Badan Berkanun yang merupakan agensi pemasaran makanan dan hasil pertanian Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya maju untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

BIL JAWATAN GRED JADUAL GAJI (MINIMUM – MAKSIMUM) TARAF JAWATAN
1 Pegawai Ehwal Ekonomi E41 RM2,083.00-RM9,549.00 Tetap
2 Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29 RM1,493.00-RM5,672.00 Tetap
3 Penolong Jurutera JA29 RM1,549.00-RM5,701.00 Tetap
4 Penolong Pegawai Tadbir N29 RM1,493.00-RM5,672.00 Tetap
5 Penolong Juruaudit W29 RM1,498.00-RM5,678.00 Tetap
6 Pembantu Ehwal Ekonomi E19 RM1,353.00-RM4,005.00 Tetap
7 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 RM1,352.00-RM4,003.00 Tetap
8 Pembantu Akauntan W19 RM1,353.00-RM4,005.00 Tetap
9 Juruteknik Komputer FT19 RM1,377.00-RM4,052.00 Tetap
10 Penjaga Jentera Elektrik J19 RM1,377.00-RM4,052.00 Tetap


Hanya calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan dengan peranan dan fungsi utama FAMA akan diberi keutamaan.

SYARAT-SYARAT UMUM :
Umur :
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Penempatan :
Pejabat FAMA seluruh Malaysia.
Tempoh Percubaan :
Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah :
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Permohonan :
(i) Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui laman web: Sistem Permohonan Jawatan FAMA
(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi PERLU memuat naik sijil-sijil tersebut secara softcopy semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.
(iii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
(iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 16 APRIL 2021.

Pertanyaan/Helpdesk :

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditalian:
03-61262020 samb: 2212, 2022, 2321, 2341.

Atau emailkan kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.