Login (PERCUBAAN)

* No Kad Pengenalan :

* Kata Laluan :



Sila klik di sini jika terlupa kata laluan.


Iklan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun yang merupakan agensi pemasaran makanan dan hasil pertanian Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya maju untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

BIL JAWATAN GRED JADUAL GAJI (MINIMUM – MAKSIMUM) TARAF JAWATAN
1 Penolong Juruaudit W29 RM1,498.00 – RM5,678.00 Tetap
2 Penolong Jurutera JA29 RM1,549.00 – RM5,701.00 Tetap
3 Juruaudit W41 RM2,094.00 – RM9,585.00 Tetap
4 Akauntan WA41 RM2,820.00 – RM9,585.00 Tetap
5 Pembantu Ehwal Ekonomi E19 RM1,353.00 – RM4,005.00 Tetap
6 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 RM1,352.00 – RM4,003.00 Tetap
7 Pembantu Akauntan W19 RM1,353.00 – RM4,005.00 Tetap


Hanya calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan dengan peranan dan fungsi utama FAMA akan diberi keutamaan.

SYARAT-SYARAT UMUM :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Pemegang ijazah sarjana muda / diploma dalam bidang berkaitan.
4. Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) hendaklah :
i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Permohonan :
i) Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui laman web: https://perjawatan.fama.gov.my/
ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi PERLU memuat naik sijil-sijil tersebut secara softcopy semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.
iii) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 24 OKTOBER 2022.

Penempatan : Pejabat FAMA seluruh Malaysia (mengikut kekosongan)
Tempoh Percubaan : Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Pertanyaan / Helpdesk :
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditalian: 03-61262020 samb: 2212, 2338, 2022, 2321, 2341.
Atau emailkan kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.
Sila klik di sini untuk pendaftaran.